Thursday, 12 January 2012

Dubai Sebuah Negara umpama Hikayat Seribu Satu Malam Versi Moden.......

       Memang lawatan ke DUBAI amat dinanti2 nantikan oleh semua.Sebuah negara padang pasir yang telah ditranformasikan menjadi sebuah negara.....pelancongan dan dinobatkan pulak sebagai sebuah  syurga membeli-belah yang terunggul di dunia. Semuanya berlaku atas kebijaksanaan kepemimpinannya yang dapat melihat  akan potensi yang mereka ada untuk menjadi sebuah negara yang berdaya maju dan tanpa had batasan ,untuk terus maju kehadapan. Itu penting dalam menentukan corak dan hala tuju dalam sesebuah negara.Melihat Dubai dengan mata sendiri dapat memberi satu pesepsi bahawa sesuatu itu bukan mustahil untuk dilaksanakan jika ianya mempunyai daya imajinasi yang sangat tinggi dan daya pemikiran yang positif disamping sumber kewangan yang baik. Antara bangunan yang terkenal adalah Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi didunia,bangunan Mall terbesar didunia yang rasanya lima jam berada disisi belum tentu dapat habis melawatnya....dengan Aquarium yang terbesar juga didunia...dll.Bangunan berbagai bentuk dari seluruh dunia dapat dilihat di sini menjadikanya sebuah bandaraya kosmopolitan yang mempunyai pelbagai wajah..... amat unik dengan kepelbagaian bangsa juga sangat menarik.....untuk dilawati bersama keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja. Kepelbagaian disini telah dapat dimanafaatkan untuk pembangunan negara ini....dan menjadikan ianya begitu mashur dan terkenal diseluruh dunia.





    
        Dubai adalah gambaran sebuah hikayat 1001 malam dalam versi moden dunia hari ini.Menyaksikan sendiri tempat 2 menarik disana seakan terpegun dengan pesona yang terdapat padanya....terutama dari segi arkitektual bangunan, susunan atur bangunan dan rekabentuk atau model setiap satu nya dapat melambangkan
ketinggian daya IQnya dalam merencanakan segalanya terutama dalam pembangunan dan pentadbirannya..Jalan raya yang teratur, kemas dengan landskap yang menawan seakan kita sedang berada disebuah negara dieropah dan bukan di negara  padang pasir.Teknologi telah berjaya mengubah segalanya disini.Pelbagai jenis model kereta boleh juga didapati disini dengan harga yang sangat murah tanpa cukai berbanding dengan negara-negara lain.Kebijaksanaan pemerintah telah membolehkan negara ini didatangi ramai pelabur. Pelabur-pelabur mendapat takrif bebas cukai selama 15 tahun operasi perdagangan atau perniagaan ketika di sana. Keadaan ini telah menarik ramai pelabur berkunjung dan menjalankan operasi perniagaan dan perdagangan mereka di sina.Negara ini mempunyai penduduk asal yang tidak begitu ramai tetapi mereka sangat dijaga dan mendapat keistimewaan sekiranya berkahwin sesama bangsa dan menikmati elaun sara hidup sebagai bantuan untuk memulakan hidup baru dan kemudahan2 an lain secara percuma manakala ....Kewargaan untuk orang luar amat sukar untuk diperolehi dan segala kemudahan yang diingini seperti persekolahan anak2 perlu di bayar untuk mendapatkannya.


 
        Nilai tukaran matawangnya yang rendah berbanding Ringgit Malaysia. Matawangnya dikenali sebagai  Dirham.SeDirham Dubai tak sampai SeRinggit Malaysia.Apabila nilai wangnya rendah sudah pasti ramai yang ingin bertandang ke sini untuk membeli belah dan ianya telah menyebabkan Dubai menjadi SYURGA membeli-belah bagi penggemarnya.Dubai adalah sebuah negara padang pasir yang asalnya tidak mempunyai sumber utama dan penduduk asalnya terdiri daripada nelayan .....tetapi dengan kebijaksanaan pemerintahnya segala produk terkenal di dunia boleh diperolehi disini.Mereka bijak dalam menjadikan Dubai sebagai sebuah HUB untuk barangan berprestij di dunia untuk dipasarkan disini dengan menyediakan pelbagai kemudahan berkelas 5 bintang sebagai daya tarikan pelancong dan pelabur dari merata ceruk dunia.Negara PADANG PASIR telah bertukar wajah dan sangat disenangi ramai sebagai pusat pelancongan yang begitu digemari dari seluruh dunia untuk dilawati.
         Safari Resort menjadi salah satu daya tarikan apabila berkunjung kenegara padang pasir ini.Tarian gelek dan suasana padang pasir ditengah gurun yang gersang ini sangat sejuk diwaktu malam.Suasana ini membolehkan pelancong menikmati suasana gurun sambil berlibur dan menjamu selera....secara BBQ....disini sekali lagi dirasakan seperti kita berada dalam hikayat seribu satu malam.......dalam buku-buku lama yang kita baca dahulu kala.Pasir gurun begitu halus dan ringan yang boleh kita pijak dan genggam seakan memberitahu bahawa kini kita dapat merasainya sendiri berbanding membacanya hanya didalam buku GEOGRAFI pada zaman persekolahan dahulu.


2 comments:

  1. sentiasa menanti peluang untuk kesana sekali lagi.....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete