Wednesday, 25 July 2012

Sunflower Homestay di Kuala Terengganu berasa seperti dirumah sendiri

Kadang kala kita perlu berurusan diluar kawasan tempat tinggal kita ..........Masalahnya dimana hendak kita tuju untuk urusan kerja ,keluarga, atau cuti cuti Malaysia .....Pertamanya ke mana tujuan Destinasi Anda.....Hendak ke Pantai Timur......Ayuh  kita ke Terengganu .......mencari kebenaran ungkapan promosi 'negeri cantik ,budaya menarik'.....apa yang ada disana ........Pihak kami bersedia menyediakan perkhidmatan Homestay atau Rumah Tetamu kepada semua warga Malaysia atau luar negara untuk bermalam dengan kami di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Sebenarnya negeri cantik ,budaya menarik ini ....memang sebuah negeri yang lain dari yang lain terutamanya dari segi sejarah, muka bumi dan persekitarannya.....dan juga dialek pertuturannya yang menarik.Kelembutan pertuturan orang orangnya dengan dengungan ng dibelakangnya seperti ikang...makang ..dan lainlain lagi.Sebuah negeri beraja yang di kelilingi dengan pantai yang cantik dan menarik .....walau ke mana pun saya pergi kecantikan pantai di Tok Jembal atau lainlainnya di TERENGGANU ...tetap dihati......pasirnya yang halus, putih bersih dan luas cuma sayang pantai ini sangat bahaya dan tidak boleh mandi .....kerana dikatakan mempunyai pantai yang terbuka dan ombaknya besar  yang tidak menentu merbahaya kepada pelancong untuk mandi manda....dipantainya....Terengganu terkenal dengan emas hitamnya.....iaitu ;'minyak' .Hasil bumi ini telah berupaya  mengubah rupa bentuk negeri ini dengan begitu drastik sekali terutama melihat kepada bangunan -bangunan sekolah yang cantik cantik seperti diluar negara dan bangunan- bangunan masjid yang besar besar dan menarik...semuanya atas hasil minyak yang mahal pada ketika ini.....dan keprihatinan kerajaan dalam usaha memajukan negeri ini.......Kalau  saudara saudari ingin berkunjung di Terengganu jangan lupa berkunjung ke Homestay kami Sunflower Homestay di Gong Badak, Kuala Terengganu berdekatan dengan masjid Kusza berhadapan Universiti UNIZAR ( Universiti Zainal Abidin dan lima minit berkereta ke Universiti Malaysia Terengganu.....dan juga berdekatan dengan pantai pantai seperti Batu Rakit, ILP petronas dalam 15 minit , maktab perguruan Batu Rakit atau Dato'Razali.....20 minit ke bandar Kuala Terengganu...5 minit ke Airpot .......ingat Terengganu ...ingatlah Sunflower Homestay kediaman yang berasa seperti dirumah sendiri....sila ke CARIAN  fb SUNFLOWER HOMESTAY (http://www.facebook.com/pages/Sunflower-Homestay/250714678323321?) ....untuk maklumat lebih lanjut berserta dengan gambar gambar yang lebih jelas lagi.......kami sentiasa mengalualukan kedatangan pengunjung pengunjung sekalian.

Thursday, 12 January 2012

Dubai Sebuah Negara umpama Hikayat Seribu Satu Malam Versi Moden.......

       Memang lawatan ke DUBAI amat dinanti2 nantikan oleh semua.Sebuah negara padang pasir yang telah ditranformasikan menjadi sebuah negara.....pelancongan dan dinobatkan pulak sebagai sebuah  syurga membeli-belah yang terunggul di dunia. Semuanya berlaku atas kebijaksanaan kepemimpinannya yang dapat melihat  akan potensi yang mereka ada untuk menjadi sebuah negara yang berdaya maju dan tanpa had batasan ,untuk terus maju kehadapan. Itu penting dalam menentukan corak dan hala tuju dalam sesebuah negara.Melihat Dubai dengan mata sendiri dapat memberi satu pesepsi bahawa sesuatu itu bukan mustahil untuk dilaksanakan jika ianya mempunyai daya imajinasi yang sangat tinggi dan daya pemikiran yang positif disamping sumber kewangan yang baik. Antara bangunan yang terkenal adalah Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi didunia,bangunan Mall terbesar didunia yang rasanya lima jam berada disisi belum tentu dapat habis melawatnya....dengan Aquarium yang terbesar juga didunia...dll.Bangunan berbagai bentuk dari seluruh dunia dapat dilihat di sini menjadikanya sebuah bandaraya kosmopolitan yang mempunyai pelbagai wajah..... amat unik dengan kepelbagaian bangsa juga sangat menarik.....untuk dilawati bersama keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja. Kepelbagaian disini telah dapat dimanafaatkan untuk pembangunan negara ini....dan menjadikan ianya begitu mashur dan terkenal diseluruh dunia.





    
        Dubai adalah gambaran sebuah hikayat 1001 malam dalam versi moden dunia hari ini.Menyaksikan sendiri tempat 2 menarik disana seakan terpegun dengan pesona yang terdapat padanya....terutama dari segi arkitektual bangunan, susunan atur bangunan dan rekabentuk atau model setiap satu nya dapat melambangkan
ketinggian daya IQnya dalam merencanakan segalanya terutama dalam pembangunan dan pentadbirannya..Jalan raya yang teratur, kemas dengan landskap yang menawan seakan kita sedang berada disebuah negara dieropah dan bukan di negara  padang pasir.Teknologi telah berjaya mengubah segalanya disini.Pelbagai jenis model kereta boleh juga didapati disini dengan harga yang sangat murah tanpa cukai berbanding dengan negara-negara lain.Kebijaksanaan pemerintah telah membolehkan negara ini didatangi ramai pelabur. Pelabur-pelabur mendapat takrif bebas cukai selama 15 tahun operasi perdagangan atau perniagaan ketika di sana. Keadaan ini telah menarik ramai pelabur berkunjung dan menjalankan operasi perniagaan dan perdagangan mereka di sina.Negara ini mempunyai penduduk asal yang tidak begitu ramai tetapi mereka sangat dijaga dan mendapat keistimewaan sekiranya berkahwin sesama bangsa dan menikmati elaun sara hidup sebagai bantuan untuk memulakan hidup baru dan kemudahan2 an lain secara percuma manakala ....Kewargaan untuk orang luar amat sukar untuk diperolehi dan segala kemudahan yang diingini seperti persekolahan anak2 perlu di bayar untuk mendapatkannya.


 
        Nilai tukaran matawangnya yang rendah berbanding Ringgit Malaysia. Matawangnya dikenali sebagai  Dirham.SeDirham Dubai tak sampai SeRinggit Malaysia.Apabila nilai wangnya rendah sudah pasti ramai yang ingin bertandang ke sini untuk membeli belah dan ianya telah menyebabkan Dubai menjadi SYURGA membeli-belah bagi penggemarnya.Dubai adalah sebuah negara padang pasir yang asalnya tidak mempunyai sumber utama dan penduduk asalnya terdiri daripada nelayan .....tetapi dengan kebijaksanaan pemerintahnya segala produk terkenal di dunia boleh diperolehi disini.Mereka bijak dalam menjadikan Dubai sebagai sebuah HUB untuk barangan berprestij di dunia untuk dipasarkan disini dengan menyediakan pelbagai kemudahan berkelas 5 bintang sebagai daya tarikan pelancong dan pelabur dari merata ceruk dunia.Negara PADANG PASIR telah bertukar wajah dan sangat disenangi ramai sebagai pusat pelancongan yang begitu digemari dari seluruh dunia untuk dilawati.
         Safari Resort menjadi salah satu daya tarikan apabila berkunjung kenegara padang pasir ini.Tarian gelek dan suasana padang pasir ditengah gurun yang gersang ini sangat sejuk diwaktu malam.Suasana ini membolehkan pelancong menikmati suasana gurun sambil berlibur dan menjamu selera....secara BBQ....disini sekali lagi dirasakan seperti kita berada dalam hikayat seribu satu malam.......dalam buku-buku lama yang kita baca dahulu kala.Pasir gurun begitu halus dan ringan yang boleh kita pijak dan genggam seakan memberitahu bahawa kini kita dapat merasainya sendiri berbanding membacanya hanya didalam buku GEOGRAFI pada zaman persekolahan dahulu.